Free Website Hosting
   
  Super Data
  Bagaimana Menjana Pendapatan
 

Bagaimana menjana pendapatan melalui Program Affiliate

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda.

Tahniah kepada anda kerana berpeluang membaca panduan / artikel ini. Artikel ini tidak menjanjikan anda akan menjadi jutawan dalam masa yang terdekat, namun setidak-tidaknya, minda anda akan terbuka, bahawa terdapat banyak peluang bagi menjana pendapatan melalui Internet.

Yang pentingnya, ianya mudah dan SAH.

Berapa kerap anda mendengar tentang Jutawan Internet?

Bagaimana boleh buat duit melalui internet secara SAH di sisi undang-undang?

Bayangkan.... anda hanya perlu lakukan rutin harian anda seperti biasa. Hanya dengan memahami bagaimana cara ia perlu dilakukan dengan BETUL... anda berpeluang menambah pendapatan.

Dengar macam mudah? Segalanya terserah kepada anda.

Terdapat banyak cabang dalam menjana pendapatan secara online. Di sini, saya cuma akan menerangkan tentang satu program menjana pendapatan melalui Internet yang sangat berkesan. Program Affiliate.

Apakah itu program affiliate?

Sebenarnya, program affiliate bukanlah satu “program”. Ia adalah satu pengurusan perniagaan. Ianya telah lama berkembang dalam dunia maya internet. Cuma, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu dan tidak pernah mendengar tentangnya.


Program affiliate juga dikenali sebagai associate programs, associates programs, referral programs dan bounty programs.

Ia menyediakan peluang yang sangat menarik kepada sesiapa yang baru dalam pemasaran Internet untuk menjana pendapatan tanpa mempunyai produk sendiri.

Kebanyakan program affiliate adalah percuma untuk disertai.


Contohnya:

Katakan anda sukakan golf, jadi anda bina sebuah laman web yang mana di situ dapat anda menceritakan dan mengsyorkan tentang buku-buku berkaitan golf, majalah, video dan peralatan golf yang anda gunakan dan anda sukakannya.

Kebanyakan peniaga produk tersebut menyediakan banner atau pautan atau link affiliate untuk anda letakkan di dalam laman web anda. (Jangan pula lupa untuk mendaftar sebagai ahli affiliate mereka.) Biasanya pautan ini akan membawa pelawat ke laman web penjual produk tersebut.

Namun pastikan ada ID ahli affiliate anda pada link tersebut. Ia sebagai tanda yang pelawat meng’klik’ dari laman web anda. Contoh : http://www.klserver.net/?id=anda

Apabila pelawat laman web anda meng’klik’ pautan-pautan tersebut lalu membeli barangan atau produk tersebut, anda akan layak menerima komisyen. Jika setakat melawat, biasanya tak dapat.

Ramai peserta program affiliate yang berjaya mendapat duit poket. Tapi, terdapat ramai juga yang menjadi jutawan. Percayalah.

Program affiliate adalah satu cara yang sangat sesuai untuk menjana pendapatan, kerana anda tidak perlukan produk anda sendiri. Anda tidak perlukan gudang untuk menyimpan produk anda. Tiada masalah inventory dan anda tidak pelu gusar tentang penghantaran dan pembungkusan. Semuanya diuruskan oleh ‘merchant’ anda.

Sebab Untuk Menyertai Program Pemasaran Affiliate.

Sekarang kita akan lihat, apakah kebaikannya mengikuti program yang sangat relevan dan praktikal ini.

1. Komisyen yang anda akan terima adalah sangat tinggi. Namun ianya berbeza mengikut affiliate merchant, produk dan sebagainya. Namun rata-ratanya dalam 10% hingga 50%. Malah ada merchant yang menawarkan sehingga 95%. Peluang sebegini tentunya amat rugi jika kita abaikan.

2. Anda tidak perlu menjual produk tersebut. Anda tidak perlu runsing memikirkan tentang bayaran, penghantaran, dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan ialah melakukan pra-jualan terhadap produk tersebut dan berdoa semoga orang tersebut membeli melalui link affiliate anda.

3. Pra-jualan tidaklah memerlukan anda banyak kerja. Semuanya (maklumat produk, gambar dan sebagainya) telah disediakan oleh merchant anda. Anda hanya perlu memastikan klien anda mengetahui tentang tawaran merchant anda melalui link affiliate anda. Itu sahaja. Sekurang-kurangnya lah…

Namun terdapat cara dan teknik bagaimana untuk mendapatkan kejayaan yang maksimum. (habiskan baca artikel ini)

4. Pemasaran affiliate, secara amnya, merupakan satu sumber pendapatan yang pasif. Maksudnya, anda boleh mendapat pendapatan sekalipun anda sedang offline. Ini kerana, program affiliate bergerak secara automatik. Anda hanya perlu duduk, relek, dan tunggu komisyen anda jatuh keriba.

5. Terdapat banyak strategi dan teknik yang anda boleh lakukan dalam program affiliate ini. Anda boleh mencubanya asalkan pendekatan anda berjaya. Apapun anda perlu mengkaji dan memikirkan pendekatan yang sesuai.

6. Anda boleh menyertai sebanyak mana pun program affiliate yang anda suka. Ini akan meningkatkan pendapatan anda juga. Ini bagi memastikan anda mempunyai banyak sumber. Kalau satu tak dapat, yang lain mungkin dapat.

7. Lain-lain?

a) Tidak Perlu Mencipta Produk Untuk Dijual.

b) Tiada Perkhidmatan Pelanggan yang pastinya memeningkan anda.

c) Jimat masa!

d) Tiada masalah inventori.

e) Tiada risiko

Jadi jelaskan, kenapa program affiliate sangat popular masa kini?

Kebanyakan program affiliate adalah percuma untuk disertai. Jadi bertindaklah dengan bijak.

Jangan lepaskan peluang ini.

Tanya Hati Anda....

  • Adakah anda mahu pendapatan sampingan?
  • Anda sedia untuk belajar?

Jika ya, teruskan membaca..

Berikut adalah 18 langkah untuk diambil.

Tutorial ini ditulis untuk memberi anda panduan bagaimana untuk berjaya dalam program menjana pendapatan di Internet (program affiliate). Saya menulisnya semudah dan seringkas yang boleh untuk anda mengkajinya.

Harapannya, ia akan membantu anda. Tiada helah. Tiada gimik.

Saya ingin membantu anda melatih diri sendiri untuk berfikir di luar kotak! (out of the box). Bukan sahaja melihat, malah anda juga akan nampak pelbagai peluang yang terlindung di sebalik setiap perkara.

Mengikut pengalaman saya, anda akan mempunyai peluang yang terbaik untuk berjaya jika anda mengikut panduan ini.

Anda perlu mahir langkah-langkah asas yang saya tulis ini.

Saya turut mengaitkan program affiliate ini dengan iklan Google's AdSense. Terus terang. Saya cadangkan anda juga perlu turut serta dalam program Google's AdSense.

AdSense merupakan salah satu jaringan periklanan yang baik dan boleh memberikan anda pendapatan yang tidak disangka-sangka. Ianya percuma untuk disertai, dan juga mudah.

Gabungkan kebaikan program affiliate dengan program periklanan Google's AdSense. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan pendapatan anda akan bertambah.

OK. Mari kita mulakan...


1. Setkan matlamat.

Anda perlu tahu kemana yang anda hendak tuju.

Mulakan dengan satu matlamat yang paling rendah. Kenapa paling rendah? Bukan apa. Ianya penting jika anda percaya anda mampu melakukannya. Mulakan dari bawah. Lihat dulu duit dalam akaun bank anda. Kemudian, tingkatkan matlamat anda. Katakan matlamat anda untuk mendapat RM300 sebulan dari komisyen program affiliate dan keuntungan Adsense.

Bayangkan apa yang anda boleh buat dengan duit tersebut.

Percutian? Make-up kereta?

Atau setidaknya, dapat juga membantu anda dalam menanggung kos kehidupan seharian.

Oh? Mungkin anda mahu lebih banyak? Tidak mengapa. Apapun matlamat anda, saya cadangkan anda mengikuti 18 langkah yang saya berikan.

Baca dengan teliti. Fahamkan. Cuba buat kajian. Cuba laksanakan.


2. Cari niche anda.

Ada yang tanya. Niche tu apa? Niche bermaksud kata kunci yang mampu menarik perhatian pencari maklumat di internet. Cari niche yang sesuai dengan anda dan minat anda.

Luangkan masa untuk berfikir dengan hati-hati dan tuliskan di atas kertas. Anda sedang merancang perniagaan. Jangan terburu-buru.

Anda perlu mengelakkan topik yang hangat seperti ‘mencari pendapatan’, overcrowded! Lebih mudah jika anda mendapatkan niche yang kurang saingan.

Pilih topik yang senang untuk ditulis. Yang anda tahu. Yang anda suka.

Senaraikan. Dengan usaha yang gigih, anda pasti jumpa satu yang sesuai.

*Jangan pilih lagi niche anda tersebut selagi anda tidak habis membaca tutorial ini.


3. Pilih niche yang menguntungkan.

Buat kajian di Google AdWords untuk memilih niche yang paling menguntungkan diantara niche yang telah anda senaraikan tadi.

Anda sedang membina sebuah laman web yang disukai oleh enjin pencarian, jadi anda juga mahu kata kunci yang mana “surfer” selalu taip di enjin pencarian. Anda tidak boleh sekadar meneka.

Semua ini anda perlu buat sebelum anda membina laman web. Ianya sangat penting.

Cuba gunakan tool percuma ini. pixelfast.com/overture/

Taipkan satu frasa, contohnya, "hiking boots", klik "Go", ikut arahan yang diberikan, dan anda akan dapat melihat berapa harga pengiklan membayar untuk klik (paying per click) untuk frasa tersebut di Yahoo! Search Marketing.

Anda juga akan dapat melihat berapa ramai orang yang mencari frasa tersebut sebelum ini.

Sekarang, pergi pula ke Google's AdWords dan perhatikan berapa banyak harganya yang pengiklan sanggup membayar untuk katakunci / frasa yang anda pilih. You can do that by playing around with Google's free Keyword Tool.

Contohnya, cuba taipkan katakunci atau frasa, seperti “resepi” dan klik pada "Get More Keywords".

Berlakonlah seolah-olah anda sanggup untuk membayar pada harga per klik (cost per click) yang maksimum, yang dibenarkan -100. (mesti buat.) Sila pastikan juga, anda mengklik pada "Cost and position estimates" di sebelah kanan laman tersebut.

Tool tersebut akan mengirakan untuk anda anggaran purata ‘cost per click’. Kemudian cuba pula perkataan yang lain. Contohnya “hosting”, dan klik pada "Re-calculate". Lihat perubahan ‘cost per click’ tersebut.

Nak cerita kat sini, anda tidaklah perlu memilih topik yang mempunyai katakunci yang mahal.
Ianya sangat kompetetif. Pilihlah topik yang mempunyai katakunci yang murah dan kurang kompetetif.

Ingat: Jangan pula kamu memilih topik seperti gambling, firearms, ammunition, balisongs, butterfly knives, and brass knuckles; beer or alcohol; tobacco or tobacco-related products; and prescription drugs dan yang sewaku dengannya.

Lihat senarai topik yang perlu anda elakkan:
https://www.google.com/adsense/policies?hl=en_US

Belek-beleklah laman web AdWords tersebut. Banyak yang anda boleh pelajari.

4. Kaji dan selidik affiliate merchants.

Buat kajian dan perhatikan, adakah affiliate merchants yang sesuai dengan topik anda.

Anda perlukan produk yang sesuai, baik, dan bereputasi untuk dijual.

Ingat. Matlamat komisyen anda perlulah untuk sepanjang hayat anda atau setidak-tidaknya untuk jangka masa yang panjang.

Cuba buat survey atau kajian di LifetimeCommissions.com.

Anda akan dapat komisyen demi komisyen apabila ‘pelanggan anda’ membuat pembelian.


5. Bina satu laman web yang berguna dan menarik berdasarkan niche anda.

Bina satu laman web yang kaya dengan isi (content rich), katakunci (keyword-rich) yang dapat memudahkan ianya dijumpai dalam carian enjin.

Tunjukkan personaliti anda. Buat sesuatu yang tidak mudah dilupakan. Yang lekat di otak pengunjung web anda. Berhubung dengan pelawat anda. Jangan lupa, orang ramai suka membeli dari orang yang disukai oleh mereka.

Saya tidak dapat menerangkan secara terperinci bagaimana untuk membina sebuah laman web kerana itu bukan topik yang saya pilih untuk diterangkan di sini. Anda perlu belajar membinanya.

Tapi jika anda mahu saya cadangkan program yang mudah dan sesuai untuk membina laman web, saya cadangkan anda menggunakan SiteStudio.

Membina laman web tidaklah sesusah yang selalu orang ramai fikirkan.

  • Jika anda sayangkan duit, dapatkan perkhidmatan blog secara percuma. Kan saya dah kata, tidak susah untuk mengikuti program affiliate ini.

6. Letakkan link-link affiliate.

Jika anda menulis artikel untuk laman web anda, tonjolkan link-link affiliate kepada pembaca. Pembaca adalah tipikal. Mereka sensitif. Cuba setkan minda anda seperti mereka sebelum menulis artikel tersebut. Berinteraktif dengan pembaca.

Tugas anda sebagai affiliate ialah untuk membantu pelawat anda untuk membuat keputusan dalam pembelian.

Macam mana ya?

Mulakan dengan mengetengahkan masalah, bincangkan penyelesaiannya yang anda fikirkan berkesan kepada diri anda sendiri. Di penghujung artikel anda, letakkan link seperti “Info lanjut”, "Find out more here.", dan apa saja yang difikirkan sesuai. Link ini seharusnya di tujukan kepada laman web affiliate anda.

Ingat. Tugas anda bukan untuk menjual ( itu tugas merchant ) tapi sebagai prajualan sahaja. Sebagai pemanas atau warm-up kepada pelawat anda. Kita mahukan pelawat tertarik dan bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


7. Letakkan iklan AdSense dalam laman web anda.

Klik disini untuk membaca tentang iklan AdSense.

Jika anda mempunyai laman web yang baik, bagus dan popular, ianya satu langkah yang paling sesuai untuk menjana pendapatan melalui AdSense.

8. Bertukar link suka sama suka.

Pertamanya, buat link ke laman web orang lain. Pilih laman web yang mempunyai kaitan dengan tema laman web anda. Minta pula mereka membuat link kepada anda pula (dengan sopan).

Penting! Enjin carian (search engine) amat menyukai laman web yang mempunyai banyak link kepada mereka. Terutamanya kalau link tersebut datang dari laman web anda yang popular.

Nampak? Itulah sebabnya saya kata, anda perlu mempunyai laman web yang menarik dan berguna. Kalau tidak, orang tidak mahu link kepada laman web anda.


9. Anchor text.

Anda perlu faham kepentingan anchor text. Anchor text ialah perkataan yang anda gunakan untuk link kan ke laman web anda. Perkataan yang orang gunakan apabila mereka linkkan ke laman web anda.

Bagi enjin pencarian, anchor text adalah sangat penting.

Cuba baca artikel saya - Panduan Mempromosikan Laman Web

10. Hantarkan (submit) alamat laman web anda.

Banyak terdapat laman web yang menyediakan perkhidmatan penghantaran laman web secara percuma. Cuba cari. Contohnya di Yahoo!, Google, MSN, Cari.com.my, atau di http://www.evrsoft.com/fastsubmit/

Senaraikan dalam ‘direktori’ utama seperti Yahoo! (bagus tapi mahal) dan banyak lagi. Ada yang free. Ada yang berbayar.

11. Tulis Artikel

Tulislah artikel berkenaan produk affiliate anda dan hantarkannya ke direktori artikel yang tumbuh bak cendawan. Ini memanglah tak wajib. Tapi ianya sangat membantu anda jika anda buat. Jadi anda nampak, kenapa pentingnya memilih topik yang mudah. Atau setidaknya yang anda faham dan mahir.


12. Tambahkan lebih banyak mukasurat dan link.

Laman web anda perlulah ditambah dengan mukasurat yang berguna dan menarik (keyword-rich pages) dan teruskan menggalakkan lebih banyak laman web lain untuk link kepada laman web anda.

Berkawanlah dengan tuan punya laman web yang lain. Promosikan laman web anda.

13. Sabar.

Jika laman web anda tipikal, tak banyak yang akan berubah sepanjang sebulan dua ini. Jadi, mungkin anda anda kecewa dan mula percaya yang usaha anda adalah sia-sia. Anda merasa tertipu, menyampah dan mula mengalah.

Jangan! Itu sifat yang perlu dibuangkan jika anda mahu berjaya.

Ramai affiliate yang mengalah pada peringkat ini. Jika anda bersabar, dan cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan anda, anda pasti berjaya. Proses dan langkah yang saya tulis ini pasti berjalan lancar jika anda ikuti dan hayati satu persatu.

Cuba belajar sesuatu yang baru setiap hari. Lakukan sesuatu untuk meningkatkan perniagaan anda tersebut.

Fahamkan. Kejayaan tidak akan datang bergolek ke kaki anda.

14. Tanda-tanda kerja anda berhasil.

Tidak disangka-sangka, kerana usaha anda sebelum ini, ramai pelawat mula singgah di laman web anda. Mungkin dalam tiga atau empat bulan pertama anda akan menerima 100 orang pelawat sehari. Pelawat akan suka apa yang mereka lihat dan beberapa tuan punya laman web mula mengajak anda bertukar-tukar link dengan mereka.

Teruskan. Anda baru sahaja panaskan badan.

15. Terima Bayaran...

Selepas lebih kurang enam bulan, anda bersengkang mata membina laman web, (saya bersengkang mata menulis tutorial ini selama 4 malam untuk anda) mencari idea, buat kajian dan sebagainya, anda mula mendapat RM300 sebulan hasil dari jualan affiliate dan iklan AdSense anda.

Bergantung kepada niche yang anda pilih, dan skill yang anda telah pelajari, mungkin anda akan dapat lebih dari RM300.

Mungkin selepas 12 bulan, anda akan menjana pendapatan melebihi RM1000 sebulan dari laman web anda.

Ketika ini, anda mula menulis artikel atau tutorial seperti ini, memberitahu kawan-kawan anda betapa mudahnya menjana pendapatan melalui program affiliate.

Memang tidak mudah sebenarnya. Mana ada kerja yang mudah tanpa usaha. Tapi segalanya nampak mudah selepas anda berjaya.

...atau tak dapat bayaran pun…

Jika anda membaca tutorial ini sambil lewa tanpa membuat kajian dan tidak berusaha membina laman web yang mampu memberi anda pendapatan sampingan, anda mungkin mendapat sedikit sahaja RM.
Jika nasib anda malang, langsung tak dapat.

Jadi. Anda perlu bermula dari langkah pertama (semula).


16. Tweak your site.

Untuk meningkatkan ratio pelawat-jualan anda, cuba buat sedikit eksperimen, satu dalam satu masa.

Cuba ubah tajuk (heading) dalam page anda. Perkataannya, warnanya, dan di mana letaknya link anda. Dengan setiap perubahan, tunggu sehingga 1000 orang pelawat melihatnya dan perhatikan komisyen affiliate anda semakin meningkat atau sebaliknya.

Mana tahu, dengan perubahan ini dapat meningkatkan peratus jualan anda sebanyak 1% atau lebih.

17. Masa Hadapan

Apabila anda mencapai matlamat anda (RM300 sebulan), anda akan mula tertanya-tanya. Adakah perlu anda mengembangkan lagi laman web anda? Mungkin menambah forum, blog, RSS feeder, dan sebagainya… dan berubah menjadi portal. Impian anda besar. Mungkin anda mula bermimpi untuk mempunyai program affiliate anda sendiri. Atau, mungkin anda mula membuat kajian tentang topik kegemaran anda yang lain.

Boleh! Yang pentingnya, persisten dan konsisten.

Tapi, RM300 sebulan masih terlalu konservatif. Jika itu sahaja yang anda perolehi, sebenarnya masih terdapat beberapa kesilapan yang telah anda lakukan atau ada sesuatu yang belum anda lakukan.

Ini yang menariknya tentang perniagaan ini. Anda boleh melakukan banyak kesilapan namun duit tetap masuk. Cuma jangan terlalu banyak.

18. Kembali ke langkah pertama.

Ini yang paling penting.

Saya cadangkan anda kembali ke langkah pertama dan mula membaca tutorial ini dengan baik-baik. Buat kajian yang terperinci.

Bayangkan anda mempunyai pendapatan dari internet. Bayangkan anda membuka surat lalu mendapati ada cek di dalamnya.

Bayangkan anda membelanjakan duit hasil dari usaha anda tersebut. Mungkin anda mula berfikir untuk meletakkan jawatan, jadi anda boleh tumpukan terhadap perniagaan internet anda sendiri.

 
  Anda Adalah Pengunjung ke 27015 visitors (38737 hits) Memasuki Laman Ini.  
 
Free Website Hosting

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?

Sign up for free